Johor hampiri pendahulu

Go down

Johor hampiri pendahulu

Post  ROBERTO BAGGIO on Wed Mar 19, 2008 5:34 am

Johor hampiri pendahulu

Pemain Shahzan Muda, Mohd. Badrul Hisani AB Rahman (kanan) cuba membuat terjahan keras terhadap pemain ATM, Mohd. Saiful Nizam Miswan dalam persaingan Liga Perdana di Stadium MPS, Selayang, semalam. Gambar HAFIZH KHOSMAT.

KUALA LUMPUR Johor Pasir Gudang (Johor) berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu liga, KL Plus dengan hanya satu mata di belakang selepas menumpaskan PKNS Selangor 3-0 pada perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium Larkin, malam tadi.

Namun malang buat pendahulu liga itu yang gagal mengukuhkan kedudukan apabila dibenam Kelantan 5-2 di Stadium Sultan Mohd. IV, Kota Bharu.

Ketiga-tiga jaringan Johor itu diperoleh pada separuh masa pertama menerusi Otelo Ocampos Espinola (minit ke-19), Khairul Ismail (m-31) dan Tumba Laurent (m-45).

Badrul Radzi pula muncul wira Kelantan apabila berjaya membuat hatrik di minit ke-33, 40 dan 65 untuk membantu pasukannya menundukkan KL Plus, 5-2.

Terdahulu, Mohd. Nizab Ayob menjaringkan gol terpantas liga musim ini apabila meletakkan tuan rumah di depan seawal minit pertama perlawanan, sebelum Mouhamadou Moustapha menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-17.

Sementara itu jaringan Yusaini Hafiz, dua minit memasuki masa kecederaan membantu pasukan bawah 19 tahun kebangsaan, Harimau Muda untuk seri 1-1 dengan Sabah di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sabah hampir menamatkan saingan dengan kemenangan selepas mendahului persaingan menerusi Bobby Gonzales pada minit ke-23, namun dikecewakan dengan jaringan lewat, Yusaini.

Pendatang baru Liga Perdana, Felda United pula mencatat kemenangan kelima musim ini dengan menumpaskan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Benson Aruih Ajike membuka jaringan Felda United pada minit ke-16, sebelum Badrol Afzan melebarkan kedudukan 2-0 di minit ke-20.

Impraim Godfred Attah berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-56, namun sepakan penalti yang disempurnakan pemain pertahanan Cameroon, Eric Arsene Bayemi memastikan kemenangan 3-1 Felda.

Dalam satu lagi perlawanan, Proton FC hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Melaka di Stadium MBPJ.

Tentera pula berjaya mengeluarkan diri daripada kedudukan tercorot liga selepas menundukkan Shahzan Muda 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Pemain tengah Ghana, Preston Papie menjaringkan dua gol pada minit ke-75 dan 86, manakala dua lagi gol tentera dijaringkan Musabri Mat Nayan dan Zool Ihsan Yunus, masing-masing pada minit ketujuh dan 47.
avatar
ROBERTO BAGGIO

Posts : 4
Join date : 2008-03-19

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum