BERITA SEMASA

Go down

BERITA SEMASA

Post  FR 0170 on Mon Jun 23, 2008 5:51 pm

Juara berganda boleh lupa hasrat

KUALA LUMPUR - Pasangan Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif boleh melupakan impian untuk beraksi pada Sukan Olimpik, Ogos ini kerana peluang mereka sudah tertutup sejak tarikh penamaan pemain ditutup pada 31 Mei lalu, kata Persatuan Badminton Malaysia (BAM), lapor NORZIE MOHD. KHASBI.

Walaupun kagum dengan kecemerlangan beregu muda itu merangkul dua kejuaraan Siri Super berturut-turut, di Terbuka Indonesia dan Terbuka Singapura, namun kejayaan itu tiba agak terlewat kerana BAM sudah pun menyenaraikan dua pasangan utamanya, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Setiausaha BAM, P. Ganga Rao berkata, adalah amat mustahil buat pasangan ketiga negara itu dapat beraksi di Temasya Beijing, 8-24 Ogos ini kerana BAM memerlukan alasan yang sangat kukuh jika mahu membuat pertukaran kecemasan.

"Fairuzizuan-Zakry mempamer aksi amat mengagumkan dalam tempoh dua minggu ini, tetapi malang sekali ia tidak dapat mengubah kedudukan mereka untuk beraksi pada Sukan Olimpik.

"Pertukaran tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya, BAM memerlukan alasan yang sangat kukuh jika mahu menukar pemain seperti salah satu daripada beregu yang telah disenarai mengalami kecederaan serius.

"Perkara ini pernah dibincangkan dengan BWF (Persekutuan Badminton Dunia), mereka mengaku tidak akan membenarkan sesebuah negara melakukan pertukaran dengan mudah kerana jika ini berlaku, ia akan menjadi trend dan digunakan pula sebagai strategi," kata Ganga.

Kata Ganga lagi, BWF hanya akan membenarkan pertukaran pemain dilakukan selepas memperoleh pengesahan perubatan pemain, dan dalam kes Malaysia, tiada pemainnya mengalami kecederaan serius, sekali pun Kien Keat kini berada dalam situasi kurang baik kerana menerima 20 jahitan di tangan kanan akibat terkena kaca pecah.

"Saya tidak fikir kecederaan Kien Keat itu cukup serius untuk membolehkan namanya digugurkan dan diganti dengan orang baru. Kecederaan yang dimaksudkan ini mestilah benar-benar serius, bukan kecederaan ringan," kata Ganga lagi.

Kelmarin, Fairuzizuan-Zakry mengulangi hasrat untuk disenarai ke Sukan Olimpik selepas merangkul kejuaraan Siri Super kedua mereka di Terbuka Indonesia dengan menundukkan bekas juara Olimpik dan dunia Candra Wijaya-Tony Gunawan 19-21, 21-18, 21-14 pada perlawanan akhir.

Fairuzizuan, yang memberikan kejuaraan pertama buat Malaysia di Indonesia selepas 18 tahun ketika ditemuramah pemberita berkata, dia percaya perubahan senarai pemain masih boleh dilakukan, namun ia terserah kepada jurulatih dan pengurusan BAM.

Beregu nombor 13 dunia itu kalah dalam perebutan tiket Olimpik kepada Tan Fook-Wan Wah dan Kien Keat-Boon Heong, yang bukan saja memiliki ranking lebih tinggi - keempat dan kelima dunia, malah mempunyai rekod prestasi tahunan yang konsisten.

Bagaimanapun Fairuzizuan-Zakry lebih menyerlah dalam pertandingan semasa bermula dengan kejayaan membenam pasangan China, Guo Zhendong-Xie Zhongbo di separuh akhir Piala Thomas, bulan lalu, diikuti kejuaraan di Singapura dan Indonesia.

_________________
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum