PERMAINAN ORANG KITA

Go down

PERMAINAN ORANG KITA

Post  FR 0170 on Tue Jun 17, 2008 10:24 pm

SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN SEPAKRAGA

Kita amat berbangga dengan permainan sepakraga, sepaktakraw yang telah pun dikenali ramai serta degemari oleh semua kaum di Malaysia. Bahkan deseluruh dunia amnya, walaupun beberapa perubahan dan pindaan cara bermain mengikut keadaan semasa. Maka tercipta permainan SEPAKRAGA TUJU JARING. diapditsikan permainan SEPAKRAGA TUJU DAN SEPAKTAKRAW.

Permainan Sepakraga (Jaring/Tuju/Takraw) ialah suatu jenis permainan Melayu Asli yang digubal cara permainannya menurut peredaran zaman dimainkan diantara dua pihak yang mengandungi enam orang pemain. Pemainan yang dicipta di Tanah Melayu pada akhir tahun 1945 setelah tamat Perang Dunia Kedua telah menjadi suatu permainan yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia sama ada di Bandar atau Desa. Mesipun dikenali dengan sebagai "Permainan Sepakraga" dan penglibatan pihak-pihak tertentu dengan menokok tambah permainan ini menjadi lebih menarik. Maka lahirlah "SEPAKRAGA TUJU JARING" campuran SEPAKRAGA DAN SEPAKTAKRAW yang mempunyai skill yang tinggi semasa bermain.

_________________
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

GELANGGANG

Post  FR 0170 on Tue Jun 17, 2008 10:31 pm

1.1 Permainan Sepakraga Tuju Jaring boleh dimainkan di gelanggang tertutup atau terbuka di gelanggang Sepaktakraw.

1.2 Keluasan Gelanggang Sepakraga Tuju Jaring ialah 13.4 m x 6.1 m.

1.3 Di setiap penjuru petak gelanggang iaitu digarisan teras sepenuh bulatan jejari 0.9m disediakan. Bulatan Sepakmula atau bulatan tekong mempunyai ukuran jejari 0.3m.

1.4 Ukuran jejari dan diukur daripada garisan pusatnya sejauh 2.45m ke garisan belakang dan dari garisan tengah 4.25m dan dari garisan tepi 3.05 m.

1.5 Gelanggang Sepakraga Tuju Jaring mempunyai Garisan Lurus yang berukuran 2.13 m (7 kaki) dari Garisan Tepi di Kedua-dua petak.

1.6 Ukuran Garisan Gelanggang Sepakraga Tuju Jaring ialah 0.04m. Garisan ditengah-tengah Gelanggang ialah 0.02m

_________________
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

SAMBUNGAN(TIANG & JARING)

Post  FR 0170 on Tue Jun 17, 2008 10:34 pm

2.1 Ketinggian Tiang hendaklah 1.55 m dari permukaan lantai.

2.2 Jarak Tiang di antara Garisan Tengah ialah 0.3 m.

2.3 Panjang Jaring tidak lebih daripada 6.71 m dan lebarnya pula tidak lebih 0.72 m.

2.4 Ketinggian Jaring dari lantai ialah 0.82 m. Ketinggian di tengah 0.8 m.

2.5 Jaring dipasang dari paras Lantai ke Atas.

2.6 Jaring rasmi Sepakraga Tuju Jaring ialah GAJAH EMAS MODEL EN 18 ATAU GAJAH EMAS MODEL EN 27.


Last edited by FR 0170 on Tue Jun 17, 2008 10:36 pm; edited 1 time in total

_________________
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

SAMBUNGAN(BOLA)

Post  FR 0170 on Tue Jun 17, 2008 10:35 pm

3.1 Bola Sepakraga Tuju Jaring yang digunakan diperbuat daripada Sintetik dan mempunyai ukuran lilit antara 0.42 m hingga 0.43 m.

3.2 Berat Bola Sepakraga Tuju Jaring ialah 185 gm hingga 195 gm.

3.3 Bola Rasmi untuk Sepakraga Tuju Jaring ialah GAJAH EMAS PROWIRA 201 (HIJAU KUNING) yang diiktiraf penggunannya.

_________________
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

PEMAIN SEPAK TAKRAW

Post  FR 0170 on Tue Jun 17, 2008 10:38 pm

4.1 Permainan Sepakraga Tuju Jaring dipertandingkan diantara 2 Regu yang terdiri daripada 3 orang pemain bagi setiap Regu dan 1 orang Pemain Simpanan bagi setiap Regu.

4.2 Semua Pemain boleh bertindak sebagai Tekong.

4.3 Semasa Tekong membuat Servis, Kedua-dua Apit Kanan dan Apit Kiri dikehendaki berada di dalam Suku Bulatan masing-masing semasa Tekong membuat Servis.

4.4 Semasa Tekong membuat Servis, pihak Lawan bebas berada di dalam kawasan Gelanggang dari Jarak 2.13m dari jarring. (Kawasan yang disediakan)

4.5 Undian untuk memulakan permainan akan dilakukan oleh Pengadil Rasmi.

4.6 Regu yang akan bermain hendaklah berada di tempat atau gelanggang 30 minit sebelum petandingan.

_________________
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

PERALATAN

Post  FR 0170 on Tue Jun 17, 2008 10:39 pm

5.1 Pakaian untuk Pemain-Pemain hendaklah memakai Jersey yang bernombor 1 hingga 4 bagi setiap Regu.

5.2 Pemain-Pemain boleh memakai Seluar Pendek atau Seluar Trek.

5.3 Pemain-pemain boleh memakai Kasut bertapak getah atau sebarang kasut yang boleh mempercepatkan pergerakkan pemain-pemain.

5.4 Ketua regu dikehendaki memakai “ARM BAND” dilengan kiri.

5.5 “HEAD BAND” dibenarkan pakai dan tidak mengganggu pemain lawan.

_________________
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

LAIN LAIN

Post  FR 0170 on Tue Jun 17, 2008 10:41 pm

6. GANTIAN PEMAIN SEPAKRAGA TUJU JARING.

6.1 Gantian Pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan kepada Pengadil Rasmi Pertandingan semasa bola tidak di dalam permainan di dalam Borang gantian pemain.

6.2 Setiap Regu hanya dibenarkan membuat satu gantian sahaja.

6.3 Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil semasa permainan, pemain gantian boleh dibuat.

6..4 Mana-mana pemain yang telah bermain dalam mana-mana Regu yang disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam pasukannya tidak dibenarkan bermain dalam pasukan yang lain.

6.5 Regu yang kurang daripada 3 pemain tidak dibanarkan mengambil bahagian dan kemenangan akan diberi kepada pihak lawan.

7. PEGAWAI / PENGADIL KEJOHANAN

7.1 Permainan ini akan dikendalikan oleh 2 Pengadil Rasmi.

7.2 Setiap Regu akan diadili oleh seorang Pengadil Rasmi.

7.3 2 Orang Penjaga Garisan yang akan membantu Pertandingan.

8. SISTEM KIRAAN MATA SEPAKRAGA TUJU JARING

8.1 Sistem kiraan mata untuk Sepakraga Tuju Jaring akan menggunakan Format kiraan 21 mata ( kiraan untuk Sepaktakraw).

8..2 Sekiranya kedudukan terikat pada mata yang sama, kiraan “Dues” akan digunapakai. Penambahan 3 mata akan dikira. Jika Regu masing-masing memenangi 1 set, permainan akan ditentukan melalui “Tie Break’ dengan kiraan 15 mata.

9. MASA REHAT

9.1 Masa rehat bagi setiap regu adalah 1 minit yang dipohon oleh Pengurus atau Jurulatih yang berdaftar dalam Borang Pendaftaran bersama pemain. Hanya Pengurus, Jurulatih dan 3 Pemain yang dimestikan berada semasa “Time Out” dibuat.

10. PERMAINAN TERGENDALA ATAU GANGGUAN

10.1 Kedua-dua Pengadil rasmi berhak memberhentikan permainan jika berlaku halangan, ganguan atau pemain tercedera dengan memerlukan rawatan segera tidak lebih dari 5 minit.

10.2 Mana-mana pemain yang tercedera dibenarkan “Time Out” sehingga 5 minit. Jika selepasa 5 minit pemain tersebut tidak berupaya untuk meneruskan pertandingan pemain gantian mestilah dibuat. Jika Regu tersebut telah pun membuat gantian, pasukan lawan akan dikira menang.

PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA

11.1 Semasa permainan bermula, Regu yang berjaya memulakan sepak mula hendaklah berada dalam kawasan masing-masing. Apit Kanan dan apit Kiri dalam suku bulatan dan tekong bersedia untuk membuat sepak SILA.

11.2 Tekong DIMESTIKAN membuat Servis Sila sahaja. Sepak Kuda atau lain-lain Servis bagi maksud permulaan TIDAK dibenarkan.

11.3 Tekong DIMESTIKAN membuat servis melepasi jaring dan bola tersebut melebihi garisan 2.13m (7 kaki). Sekiranya bola tersebut jatuh di dalam garisan 2.13m (7 kaki) Servis tersebut tidak akan dikira. Mata akan diberi kepada pihak lawan.

11.4 Sepak Sila, Sepak Kuda, Menanduk, Memaha, Badek dan Cungkil BOLEH dipakaiguna dengan Syarat Bola Permulaan hendaklah menggunakan SEPAK SILA.

11.5 Sekiranya pemain tersebut tidak menggunakan SEPAK SILA kepada pihak lawan maka mata tidak akan dikira.

11.6 Pemain lawan yang menerima bola tersebut TIDAK dibenarkan membuat TUJU TERUS ( 1 x atau 2 x) sebaliknya akan menimang bola tersebut sebanyak 3 atau TIDAK MELEBIHI 5 kali dan akan terus membuat tuju denganh menggunakan SEPAK KUDA.

11.7 Pemain dikehendaki membuat Sepakkan Tuju dengan menggunakan Sepak Kuda dalam kawasan gelanggang permainan dan TIDAK AKAN dikira Mata sekiranya Tuju dibuat dalam luar kawasan Gelanggang (luar kawasan permainan).

11.8 Pemain boleh menggunakan “Skill” masing-masing untuk membuat Tuju Sepak Kuda kepada Lawan untuk mendapatkan mata.

12. PERKARA-PERKARA BATAL

12.1 Bola terkena tangan atau memberi bola dengan kaki.

12.2 Mengepit Bola di kedua-kedua paha

12.3 Bola jatuh, terkena siling atau bumbung atau objek lain dan lain-lain benda yang membantu pemain.

12.4 Memegang atau menyentuh atau memegang objek semasa membuat sepakan atau sepakan tuju.

12.5 Menghalang, menganggu atau membuat hadangan kepada pihak lawan

12.6 Membuat bising atau menganggu pihak lawan.

12.7 Memasuki kawasan pihak lawan.

12.8 Melakukan tingkah laku atau tidak menunjukan semangat kesukanan.

12.9 Meludah atau mengeluarkan perkataan yang dianggap lucah atau sebaliknya kepada pihak lawan.

12.10 Pemain yang menerima KAD MERAH diarahkan keluar Gelanggang.

12.11 Mana-mana pemain yang mengangkat Kaki, Memijak Garisan atau melepasi Jaring atau Menyentuh Jaring semasa sepakan Mula atau dalam permainan akan dianggap Batal.

12.11 Mempertikaikan keputusan Pengadil selepas Keputusan dibuat.

13. PERKARA-PERKARA TIDAK BATAL

13.1 Pemain-pemain DIBENARKAN memakai Kasut getah yang berlapik atau “SPAN” atau sebarang objek yang tidak mendatang bahaya kepada pihak lawan.

13.2 Pemain-pemain Boleh menggunakan Dada, Lengan atau anggota badan KECUALI tangan.

13.3 Atas budi bicara Pengadil Rasmi.

14. HUKUMAN ATAU PENGANTUNGAN

14.1 Menunjukan bantahan kurang puashati terhadap mana-mana Pegawai atau mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan kepada pemain lawan atau pegawai yang bertugas.

14.2 Melanggar perintah atau undang-undang permainan.

Pemain atau Pegawai Regu yang melanggar Undang-Undang akan dihukum oleh Pengadil dengan menggunakan Kad Kuning (Amaran) dan Kad Merah (Keluar gelanggang).

Pemain atau Pegawai yang dikenakan Kad Merah akan diperintah Keluar Gelanggang dan tindakan tatatertid akan diambil terhadapnya. Pemain atau Pegawai tersebut dilarang bermain atau berada bersama Regunya. Keputusan Lembaga Tatatertib akan dikeluarkan kepada Pemain dan Pegawai tersebut.

15. DISIPLIN PEMAIN DAN PEGAWAI.

15.1 Semua Pemain dan Pegawai Sepakraga Tuju Jaring adalah tertakluk kepada Peraturan Pertandingan Sepakraga Tuju Jaring.

15.2 Pemain dan Pegawai adalah bertanggungjawab terhadap perjalanan dari awal hingga akhir.

15.3 Tindakan Tatatertib akan diambil terhadap Pegawai-Pegawai Pasukan atau Pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan samada dalam atau luar gelanggang.

16. PERKARA-PERKARA AM

UMUM :

Jika berlaku perkara di luar jangkaan dan tidak termasuk dalam Undang-Undang ini, keputusan Pengubal

Undang-Undang Sepakraga Tuju Jaring atau Pengadil Kejohanan akan dipakaiguna. Sebarang Keputusan

yang dibuat adalah MUKTAMAD.

_________________
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Re: PERMAINAN ORANG KITA

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum