JENAKA UNTUK KITA

Go down

JENAKA UNTUK KITA

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:00 pm

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun.
Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada
sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si
Amin.

Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin
mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu,
sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil
nanti?
Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini
pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang
sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku!
Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

TAUBAT SEORANG PONDAN

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:08 pm

TAUBAT SEORANG PONDAN

Ceritanya adalah berkisar kepada kisah Ayu.( nama
sebenarnya Hamdan). Ayu adalah seorang mak nyah
ataupun Pondan yang berkerja di sebuah syarikat
swasta di ibu negara sebagai Operator cum penyambut
tetamu.

Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, beliau
tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama
Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan.. oopssss
Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat
terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan
yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakain
nya menjadi seorang 'wanita'.

Penampilan baru nya cukup disenangi oleh mata-mata
gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang
keayuannya memang terserlah ... lengguk langkahnya
boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari ...
apatah lagi kalau skirt pendeknya kegemarannya
terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang
sentiasa mundar mandir ... macam-macam ada ...

Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama
baik kampong mereka Ayu telah berpindah keluar
dari rumah sewanya ..tak sama line lah braderrrr..

Hari demi hari berlalu dengan pantas ... kehidupan
kotaraya makin mencabar ... kelibat Ayu sudah lama
tidak kelihatan ... kes jenayah makin menjadi-jadi ...
rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja
maupun tanpa disedari, buat dan buang anak.
Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib
rakan sekampong nya yang telah vogue gitu ...

Di pendekkan cerita, satu hari ketika Ayob berada
di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia
tiba -tiba kedengaran satu ketukan di pintu rumahnya.
Bila Ayob buka pintu... dilihat didepannya seorang
wanita cantik lagi Ayu ... dengan skirt pendeknya..
dan rambut ala ala Norrita..Ayu menyapa Ayob.
Hampir tak kenal Ayob bahawa di depannya itu
sebenarnya akan kawannya si Hamdan ..(Ayu..le)
disebabkan ke'Ayu"an. Di panjangkan cerita..Ayu pun
masuk ke rumah sambil menangis tersedu-sedu sambil
memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabrah cepat-
cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh
pasukan 999 TV3 maupun Edisi Siasat NTV7.

Ayob : Pasai apa hang dok teriak nie.. .

Ayu : Yob, aku menyesai dah la nie. Aku sebenagnya
nak bertaubat.. Aku tak mau dah nak pakai baju seksi-
seksi lagi. Aku insaf ... insaf ... TAUBATTTTT ... aku
tak mau nama dan gambag aku keluag masuk TV ataupun
sorathabag macam dot dot dot tu .... isk isk isk huaaaaaa ... .

Ayob : Baguihla kalu macam tu Dan (nama timangan
Hamdan semasa mereka di kampong) Aku pun selalu
juga dok doa kut hang balik ke pangkal jalan.
alhamdulillah ...

Ayu : Betoi lah Yob ... hang sorang lah kawan aku dunia
dan akhirat.Mulai minggu depan ... Yob aku akan berazam
untuk berubah ... kali ni habis-habisan. Aku akan ... pakai
tudung dengan baju kurung ala-ala Waheeda gitu..
takmau dah dedah aurat. What do u thing Ayob ?

Ayob : #$5@&* !!! Astagfirullah. .. ... ..(Ingat taubat betoi-betoi)
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

LAWAK MEE BANDUNG

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:11 pm

LAWAK MEE BANDUNG

Lawak Mee Bandung
------------ --------

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit
dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah
mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk
melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut
sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh
Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir
nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari
kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang
keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat
Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian
bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2
tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Menantu dan Mentua

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:15 pm

Menantu dan Mentua

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa
menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak
kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras
20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang-barang dapur habis.
Kamal betul - betul menghabiskan borehhh… Kebaikan Kamal pula ialah, dia
ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya takpulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian… lepas
tu sambung tengok berita… lepas tu makan… lepas tu tidur..esok bangun
pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan,
kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak
mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang
menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa
mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.
Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni..
Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu…

Suatu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji…
” katanya kepada Kamal… “Boleh juga…” kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh
Kamal… Dia huluq, Kamal makan, huluq lagi… Kamal makan lagi… huluq lagi
makan lagi, dan lagi… dan lagi… . ” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa….
agak-agaklaa melantak.…” katanya tersenyum.. “Alamak bapak mertua aku ni mcm perli aku ja
… mentang-mentang la aku ni jenis spesis yang kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…fikirnya sambil mencari idea...

Mereka bermain set kedua… kali ni lain pulak strategi dia...Bapa mertuanya huluq… dia tak makan… huluq
lagi, pun tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak
sikit… Ya la bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main dam
haji tentu tak faham cerita ini… )… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah
hingga ke haji… Apa lagi dengan selamba Kamal berkata “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh
pergi haji ke…? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak
menantunya, tetapi dia yang terkena ataih batang hidung sendiri...

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim…
tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah…
Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa…
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Aku Abang Dia.....Sungguh Tragis....

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:18 pm

Aku Abang Dia.....Sungguh Tragis....

Suatu hari Azman (bukan nama sebenar) dan isterinya, Sofea (pun bukan nama sebenar) pulang dari kerja seperti biasa...
Nak dijadikan cerita, ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu.
Cuaca hari tu punya ler panas menjadi lebih panas buat azman kerana tersekat didalam
trafic jam.
Azman " Ish!, geram betul aku. Jalan ni tak pernah-pernah sesesak ini, kenape
pula sesak hari ni...bengang betul aku"
Isteri " Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang
dijalankan, tak pun ada kemalangan ke".
Dengan perasaan marah Azman berkata " Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu
ajelah yang awak tau...Menyusahkan orang".
Kenderaan dihadapan masih juga tidak bergerak2. Malah orang ramai makin ramai
berkumpul.
Azman " Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu" katanya dengan penuh KONFIDEN..
Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai (sambil mengangkat dada) dan
bertanya apa yang berlaku.
Ada accident la encik. kata sorg mat rempit.
Lalu Azman pun menjerit "Woi... Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii, Akuuuu
abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!" jerit Azman dengan sekuat hatinya...
Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil
berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan dan kehairan yang terlampau....malah terdapat kedengaran tepukan dan gelak tawa dari celahan orang ramai....konon-konon SUPERHERO telah datang....
Dalam hati azman rasa bangga yang teramat sangat dan berkata "menjadi juga idea aku ni"
Tetapi apabila semakin menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya Azman bagaikan BERUK MAT YEI dan
matanya bulat bagai nak terSEMBUQ apabila dia melihat keadaan adiknya teramat PARAH apabila terlibat
dalam kemalangan itu.............
....
...... adakah dia sanggup menghadapinya....
........
............ . adakah dia menerima keadaan adiknya itu
............ ......... ......... ........

................. Aarrggghh.....

.....

...... Oh tidak.....

......tidak sama sekali................
Azman meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya dengan tujuan menutup kulit mukanya yang menunjukkan tanda-tanda perubahan dan ketebalan pada tahap 8 inci....dan


Dalam hati dia berkata Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor......BERUK!!!!!! !


by Hujan he
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

KANTOINYA PAK ENCIK LABU

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:25 pm

KANTOI

Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri
tengah bergaduh besar dengan maid indonesianya. ..maka si suami
dengan hati yg suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan
suasana.. maka bertanyalah si suami ngan suara yg lembut pada
isterinya..

"Apa hal ni Yang....
kenapa bising2 ni".....jawap si isteri dgn nada marah...."ni hah!!!!!
seluar dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang
curi seluar dalam Gucci i yg mahal yg i beli kat Beijing tuhh!!! "

Disambut pulak oleh si suami ...." alahai Yang ni, takkan lah sebab
hilang satu helai seluar dalam pun nak bising satu kawasan
perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal
dan seksi lagi..."

Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati
sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau.... 10 helai !!!!
(sambil tunjuk jari sepuluhnya)"

Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah
dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi...dgn suara yg lebih lembut
lagi ,si suami bertanya.... "betul ke Tuti, kamu yang curi seluar
dalam mak encik kamu ? Ingat....kamu mesti bercakap benar!!!"

Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg
pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah

......."tapi. ..tapi... tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah
pakai seluar dalam!!!!! "

si suami pula..." bluppppp.."
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

MEH KITA BUNUH SETAN..

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:26 pm

MEH KITA BUNUH SETAN..
.
Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik.Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain....

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn... abang kann...
dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan".

Kata si suami "ye kerr... tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg..." sambil ketawa.Si isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyum panjang.Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang..."."Tak pe... tunggula malam nanti".

Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg...". Si suami diam sambil mengangguk lemah.Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg... ".

Si suami tiba-tiba marah dan berteriak ... "Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!!"

**** MORAL OF THE STORY: JANGAN CARI ISTERI MUDA KALAU DAH TAK MAMPU!!! .....hahahahhahahaha
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

JANDA 18 TAHUN

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:27 pm

JANDA 18 TAHUN

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung.. Duda ni nama
dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya.

Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia
tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga
dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan
kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa
dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh
gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda
18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem
lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh
jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai
duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh
jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin
pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin
kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana
dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri
Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad
nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum
setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama
isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat
disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu
menyambut Amat dengan senyum lebar.

Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat,
iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk
ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua
yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang
sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan
dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh
nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya
yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn! !!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin.
Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar
jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik
leher Usin.

"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda
18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!"
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

IS THREE HE...

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:30 pm

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua"
is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural,maka abang MAMPUS
tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk
berkahwin lagi...
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Dear abang,

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:35 pm

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung.
abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke
kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan
kereta abang baik-baik...

Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu
mahal.. harga mencecah 100k barangkali....sebab tu abang sayangkan kereta
abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu.
Sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan
kereta abang lebih dari ayang, ayang tau ngape?
Sebab;
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi
ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..
tapi ayang ni nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak
mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer
masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab
takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga
diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah
bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN
MAKANAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN
PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN
KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN
AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN
RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT
BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang

p/s: SELAMAT TAHUN BARU 1429 / 2008

SEMAKIN MENINGKAT USIA PENGELIHATAN KITA SEMAKIN KABUR
TETAPI PANDANGAN KITA SEMAKIN JELAS

SABDA NABI S.A.W. - SEBODOH-BODOH MANUSIA IALAH ORANG YANG
DIPATUK OLEH ULAR YANG SAMA DI LUBANG YANG SAMA.

SO ...... CHECK IT OUT !!!!!
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Subject: Kisah Temuduga Satu Soalan

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:37 pm

Subject: Kisah Temuduga Satu Soalan

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang
betul-betul menarik perhatiannya.Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang
calon tersebut,lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata,"Saya Ada satu soalan
yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja
di sini"

Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?",tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa Kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa Kita sedari, sebelum sempat Kita buat apa pun,Mata Kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun Ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau Kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat in. Bagaimana pula dengan kamu?"

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya in tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali
adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu in tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya in?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat.
Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda TU dah terkeluar
dah......... ....."

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan... ......... ..

hehehehehhe.. ......... ......... ......... .
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

80 SEN PERLU DIBAYAR

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:43 pm

Seorang lelaki pergi ke tandas untuk membuang air kecil.apabila tiba di pintu tandas dia membaca notis. "Buang dulu bayar kemudian"

semasa mamat ni tengah buang air kecil dia terbaca satu notis dalam toilet tu.

BUANG AIR KECIL : 50 SEN

BUANG AIR BESAR : 30 SEN

Alangkah terkejutnya mamat ni.Jadi dia mendapat satu ilham. Selepas habis hajatnya ditunaikan diapun keluar la untuk membayar yuran tandas tersebut. Makcik penjaga tandas pun tanya la dia..

"Adik kencing ke buang air besar?" untuk mengelakkan bayar harga mahal, mamat ni pun jawab la "Saya Buang besar makcik, ni duitnya 30 sen"

Makcik tu cakap tak cukup. "Semua yang kamu kena bayar 80 sen, sebab bila kamu buang air besar kami pasti buang air kecil sekali.." maka mamat ni pun dengan bengangnyer mambayar 80 sen kepada makcik itu...

kuangkuangkuang
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

TEKA TEKI

Post  FR 0170 on Wed Mar 26, 2008 5:45 pm

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehehe
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Re: JENAKA UNTUK KITA

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum