Perlawanan Lalu

Go down

Perlawanan Lalu

Post  FR 0170 on Sat Mar 22, 2008 10:50 pm

BKH FC puas
Anggap kemenangan mengalahkan PKD Kota Setar manis


Bukit Kayu Hitam (KEDAH):
Sir AR Ferguson menganggap kemenangan BKH FC keatas PKD Kota Setar sebagai lebih manis setelah sekian lama gagal bangkit.

Kejayaan Mokhtar de Ronaldo menjaringkan 2 gol dan 1 jaringan menerusi Roney El Pidoni Wayne cukup untuk menyuntik semangat pasukan yang selama ini dahagakan kemenangan.

“Mungkin prestasi pasukan lebih baik seandainya latihan yang jitu dapat dijalani,”Kata Sir AR Ferguson.

Malah dengan Kehadiran pemain tengah berpengalaman, Ahmad B Daud banyak membantu mencorakkan cara pemainan pasukan BKH FC yang sebelum ini kehilangan khidmat “akitek kreatif” yang gagal mendapatkan Sijil Perpindahan Negeri.

Selain itu, 6 tonggak iaitu Saiful MSB, Syed Makmal, Mohd Yusof Kelana, Khorey, Syed Pertanian Dan Che Hishammudin Al Shahidi telah dapat beraksi setelah mengalami kecederaan ketika menentang PKD Padang Terap.

“Mereka pasukan amat bagus dengan memiliki kualiti pemain yang hebat.Mokhtar De Ronaldo juga bertindak fantastik dalam 90 minit perlawanan.”

Badli, pemain impot baru BKH FC juga beraksi dengan baik.Menurutnya, beliau amat berbangga dapat beraksi dalam pasukan BKH FC yang merupakan pasukan yang hebat malah kini sering meniti dibibir peminat bolasepak tanah air.

“Kami amat teruja beraksi menentang BKH FC.Bukan semua pasukan bolasepak mampu menyahut cabaran pasukan sehebat BKH FC yang sebenarnya team kegemaran kami,” kata pengurus pasukan Kota Setar tanpa berselindung lagi.
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum