PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM

Go down

PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM

Post  FR 0170 on Sat Mar 22, 2008 9:53 pm

-PENGENALAN

Pejabat Kesihatan Bukit Kayu Hitam terletak di dalam Daerah Kubang Pasu.Ia Merupakan salah satu
Pelabuhan Darat “Land Port” di utara tanah air dan merupakan pintu masuk pengimportan makanan terbesar di Kedah.Dulunya hanya dikenali sebagai Pos Kesihatan Bukit Kayu Hitam dan dibawah pentadbiran Daerah Kubang Pasu hinggalah di beri taraf PTJ 2 pada tahun 2005.Disamping itu Pejabat telah mengorak selangkah lagi dengan menubuhkan Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan Serta Vektor Serta Unit Antarabangsa berkuatkuasa 1 Julai 2006 di Laluan Bas dan Kenderaan.

Mula beroperasi - 18 Jan 1986 dengan penempatan 1 orang IK (PPKP).
Kini pada 2008, 1 PK U48, 1PPKP U36 dan 1PPKP U32, 13 PPKP U29, 4 PKA, 2 PT,PAR 1,DAN PRA 5,2 Pemandu Serta Makmal Keselamatan juga dibawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Bukit Kayu Hitam,Kedah.

-OBJEKTIF

UNTUK MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM DAN UNDANG-UNDANG KESIHATAN ANTARABANGSA DI PINTU MASUK

-OBJEKTIF KKM

MEMASTIKAN SEMUA MAKANAN YANG DIIMPOT ADALAH SESUAI BAGI MAKANAN MANUSIA DAN BEBAS DARI PENCEMARAN DAN PENIPUAN MAKANAN SERTA MEMATUHI KEHENDAK PERUNDANGAN NEGARA INI

-OBJEKTIF KHUSUS (CDC)

UNTUK MEMASTIKAN TIDAK BERLAKU SEBARANG KEMASUKKAN PENYAKIT BERJANGKIT DARI LUAR NEGARA SEBAGAIMANA KEHENDAK PERATURAN KESIHATAN ANTARABANGSA,AKTA PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT DAN AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT KE NEGARA INI MELALUI PINTU MASUK

-OBJEKTIF KHUSUS (VEKTOR)

MEMASTIKAN SEKITAR 200 METRE DI KAWASAN KOMPLEKS IMIGRESEN DAN LKIM BUKIT KAYU HITAM ADALAH BEBAS DARI VEKTOR PEMBAWA PENYAKIT DAN TERPELIHARA DARI ASPEK KESIHATAN

-UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM


AKTA MAKANAN 1983 & PERATUARAN MAKANAN 1985
AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975
AKTA PENGAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988
PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 1983
MANA-MANA UNDANG-UNDANG BERKAITAN KESIHATAN AWAM


-SKOP TUGAS

SKOP TUGAS UTAMA

KAWALAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT
KAWALAN VEKTOR
PENGAWASAN KE ATAS KESIHATAN PEKERJAAN DAN KESELAMATAN TEMPAT KERJA


-PENGUATKUASAAN AKTA DAN PERATURAN MAKANAN

Pemeriksaan keatas konsaimen makanan
Persampelan makanan
Menahan dan larangan terhadap konsaimen yang melangar
Tahan , uji dan lepas
Membantu permohonan pengimpot untuk memproses semula , membaikki mutu makanan dan melabel semula makanan yang di impot
Khidmat nasihat

-Sasaran

100% pemeriksaan dokumen

70% konsaimen makanan perlu diperiksa.

10% drp konsaimen untuk pensampelan.

Tahan, Uji dan Lepas keatas konsaimen tertentu
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman

Post  FR 0170 on Sat Mar 22, 2008 9:54 pm

Bukit Kayu Hitam terletak di kawasan Parlimen Kubang Pasu di Kedah.

Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Di sini letaknya pintu masuk ke negara Thailand. Beberapa buah kompleks perniagaan jualan murah dan bebas cukai telah didirikan di Bukit Kayu Hitam ini.

Sejarah Bukit Kayu Hitam bermula dari zaman kemaraan tentera Siam menyerang Kedah pada tahun 1824. Menurut cerita masyarakat tempatan, nama Bukit Kayu Hitam ini asalnya diberikan oleh tentera Siam semasa berehat di sebuah bukit. Mengikut cerita, dalam perjalanan untuk menyerang Kedah, tentera Siam telah singgah di sebuah bukit dan berkampung di situ sementara meneruskan perjalanan ke Kedah. Mereka telah memasak nasi disitu dan menggunakan sebatang kayu sebagai senduk. Tanpa disedari, setelah nasi tadi masak, ia berubah menjadi kehitaman, maka tentera Siam tadi kehairanan dan mereka cuba mencari sebab kenapa nasi boleh menjadi hitam. Maka, mereka dapati ia berpunca dari kayu yang digunakan sebagai senduk tadi. Mereka menyiasat dari mana asalnya kayu tersebut dan apabila ditemui tempat kayu itu diambil mereka dapati sekitar pokok tersebut bewarna kehitaman. Pokok tersebut adalah Pokok Komoi. Maka dari situlah wujudnya Bukit Kayu Hitam dimana dalam bahasa Siam disebut Kuan Mhai Dam.

Setelah Siam kalah, orang-orang Melayu mula mendirikan perkampungan di sekitar Bukit Kayu Hitam dengan kegiatan utamanya pertanian disamping peranannya sebagai pintu masuk ke Siam untuk menjual hasil pertanian mereka. Akhirnya ia semakin berkembang yang kemudian berubah menjadi sebuah pekan kecil dimana penduduknya semakin bertambah. Dengan ini kegiatan perdagangan antara Kedah dan Siam semakin rancak disini.

Namun begitu Bukit Kayu Hitam terpaksa ditutup sepenuhnya pada tahun 1948 berikutan keadaan Darurat 1948 dimana meningkatnya kegiatan Komunis pada masa ini. Semua penduduk, polis dan kastam diarahkan berpindah ke Changloon dan tidak dibenarkan tinggal di Bukit Kayu Hitam. Ini menyebabkan Bukit Kayu Hitam kembali menjadi hutan dan dipenuhi semak.

Pada tahun 1972, Bukit Kayu Hitam dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dengan membuka sebuah ladang getah di Bukit Kayu Hitam iaitu Ladang Rakyat Laka Temin. Pada masa ini juga nama Bukit Kayu Hitam telah hilang dan diganti dengan panggilan Laka Temin. Setelah pembukaan ladang ini, penduduk Laka Temin semakin bertambah. Pada tahun 1981, nama Laka Temin ditukar kembali kepada Bukit Kayu Hitam dan dengan persetujuan pihak Perancang Bandar, Bukit Kayu Hitam dikenali sebagai Bandar Bukit Kayu Hitam hingga kini.
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Lagu : Biar Jasa Jadi Kenangan

Post  FR 0170 on Sat Mar 22, 2008 9:55 pm

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun, berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit, jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Logo Pasukan Bolasepak BKH

Post  FR 0170 on Sat Mar 22, 2008 10:00 pm

avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Lagu Hijau Kuning

Post  FR 0170 on Sat Mar 22, 2008 10:02 pm

avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Pekan Terdekat Dengan Bukit Kayu Hitam

Post  FR 0170 on Sat Mar 22, 2008 10:04 pm

Changlun

Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandar Raya Alor Star. Changlun berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah (chang) Jatuh (lun).

Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ianya sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun-Sintok yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada. Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis. Anda juga dinasihat untuk menggunakan lebuh raya ini untuk mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Lebuh Raya ini tidak dikenakan pembayaran tol.

Pekan Changlun mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat.

Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.


Institusi pendidikan:

* SMK Changlun
* SRK Dato' Wan Kemara
* SRJK (C) Yit Min
* SRJK Tamil
* Kolej Matrikulasi Kedah
* Sekolah Agama at-Toyyibah, Kampung Padang Halban

Institusi Sosial/Kebajikan:

* Klinik Kesihatan
* Pejabat Pos
* Hentian Bas Tempatan / Ekspres
* Masjid
* Bank
o Bank Simpanan Nasional
o Public Bank
o Bank Muamalat (Kampung Tradisional)
* Pasar Pagi dan Petang
* C-mart (kompleks Changlun)

Taman-taman/Projek Perumahan

* Taman Angsana
* Taman Beringin
* Taman Bersatu
* Taman Jati
* Taman Meranti
* Taman Pertama
* Taman Resak
* Taman Sayang
* Taman Setiajaya
* Taman Seri Changlun
* Kampung Jeragan
* Kampung Tradisional
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Peta Bukit Kayu Hitam

Post  FR 0170 on Sat Mar 22, 2008 10:09 pm

avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Re: PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum