LAGENDA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Go down

LAGENDA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Post  FR 0170 on Sat Mar 22, 2008 6:19 pm

NAMA PENUH: Mokhtar Dahari
TARIKH LAHIR: 13 November 1953
POSISI: Penyerang
PASUKAN TERDAHULU: -

KARIER
1970: Mewakili Selangor ke pertandingan bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ... Turut bermain adalah Santokh Singh dan Reduan Abdullah
1971: Pada bulan Disember, bermain untuk Selangor dalam pertandingan Piala Burnley di Kuching ... Menjaringkan gol dalam perlawanan sulung menentang Kedah
1972: Beraksi pertama kali untuk pasukan senior Selangor dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Hitachi dari Jepun pada bulan Februari ... Pada bulan April turun dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pertama dalam kariernya menentang Perak di posisi sayap kiri ... Menjaringkan gol pada minit ke 29 hasil umpanan Rahim Abdullah untuk membantu Selangor menang 3-0 ... Mewakili Malaysia buat pertama kali dalam Piala Jakartaraya (Piala Kemerdekaan Jakarta) pada bulan Jun
1973: Bermain bersama skuad Malaysia di pra Piala Dunia di Seoul ... Bermain dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka menentang Kuwait ... Menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1 ... Membantu Selangor mengekalkan Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir
1974: Mencipta rekod peribadi untuk gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia di Teheran, Iran sekaligus membantu negara memenangi pingat gangsa
1975: Membantu Selangor menjulang Piala Malaysia menewaskan Singapura 1-0 ... Menjaringkan dua gol ketika skuad negara menewaskan Arsenal 2-0 dalam perlawanan persahabatan
1976: Menjaringkan dua gol untuk membantu Selangor mengalahkan Singapura 3-0 dan sekali gus muncul sebagai juara Piala Malaysia bagi kali ke-19 ... Mendapat caps Malaysia ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka bulan Ogos ... Mendapat kecederaan lutut ketika mewakili PKNS menentang Pemuda UMNO peringkat suku akhir Piala FAM sekaligus terpaksa menjalani pembedahan lutut di Hospital Universiti
1977: Kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan lutut dan mewakili PKNS menentang Kilat dalam Liga Perdana Selangor ... Membantu Selangor mara ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia ... Menjaringkan 1 gol ketika menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir untuk pingat emas Sukan Sea pertama beliau ... Menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976
1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan persahabatan Malaysia menentang England 'B' yang berkesudahan seri 1-1 ... Memenangi Piala FAM pertamanya bersama PKNS ... Turut membantu Selangor bangkit dari ketinggalan 2-0 kepada Singapura untuk menang 4-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia
1979: Pertama kali mengetuai barisan Selangor selepas mengambil-alih jawatan ketua pasukan dari Soh Chin Aun lalu mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia selepas menang 2-0 ke atas musuh tradisi, Singapura ... Buat pertama kali rentangan sepanduk tertulis Super Mokhtar terpampang di Stadium Merdeka, gelaran yang kekal hingga ke hari ini ... Mengakhiri zaman bujang dengan perkahwinannya dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim ... Menjaringkan gol tunggal bagi pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkan Indonesia 1-0 ... Membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan arena bolasepak antarabangsa ... Menjaringkan 2 gol ketika membantu PKNS menjadi juara Piala FAM dengan menumpaskan Hong Chin 2-1
1980: Menjaringkan 1 gol tetapi gagal membantu Selangor memenangi Piala Malaysia setelah tewas 1-2 kepada Singapura ... Menarik balik keputusan persaraan antarabangsa untuk beraksi di Pestabola Merdeka di mana Malaysia muncul naib johan selepas tewas kepada Maghribi dalam perlawanan akhir
1981: Dilayangkan kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya oleh pengadil Othman Omar ketika menentang Singapura dalam aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia ... Menebus kembali kesilapannya dengan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan akhir menentang lawan yang sama sekaligus Selangor menjulang Piala Malaysia dengan jaringan 4-0 ... Mendapat cahaya mata yang pertama ... Kegagalan di pra Piala Dunia di Kuwait menyaksikan beliau mengumumkan persaraan anatarabangsa bagi kali kedua
1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai oleh Diego Maradona dalam perlawanan persahabatan, Selangor tewas 1-2 ... Membantu Selangor menewaskan Terengganu 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia
1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan di mana Malaysia tewas 0-2 dan beliau mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa untuk kali ketiga dan terakhir
1986: Bersama Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan menewaskan Johor 6-1 dalam perlawanan akhir ... Diumumkan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir ... Mengumumkan persaraan dari bolasepak peringkat negeri dan menghadiahkan jersi nombor 10 beliau kepada Raja Muda Selangor
1987: Membuat keputusan untuk menarik balik persaraannya bagi mewakili Selangor buat satu musim lagi
1988: Bersara dari bolasepak peringkat negeri dan menyertai Kwong Yik Bank ... Kehadirannya membawa kelab itu menjadi juara Liga Dunhill Selangor
1989: Mokhtar disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy ... Berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut namun pulang ke tanahair tanpa sebarang perubahan
1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada hari Khamis, 11 Julai pada pukul 8.25 pagi
avatar
FR 0170
Admin
Admin

Posts : 138
Join date : 2008-02-27
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH

View user profile http://bkhsc.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum