Dendam Selangor berbalas

Go down

Dendam Selangor berbalas

Post  ROBERTO BAGGIO on Wed Mar 19, 2008 5:35 am

Dendam Selangor berbalas

PEMAIN Negeri Sembilan, Mohamad Zaquan Adha, (tengah), diasak dua pemain Terengganu ketika perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, semalam. Keputusan terikat 1-1. Gambar SHAHJEHAN MAAMIN.

KUALA LUMPUR Selangor menebus kekalahan 2-4 di tempat sendiri minggu lalu apabila menewaskan Perak 4-1 pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, semalam.

Bekas penyerang import Perak, Frank Seator menyumbat dua gol buat Selangor pada minit ke-16 dan penalti minit ke-53.

Manakala dua lagi gol dijaringkan Safee Sali (m-65) dan Amirul Hadi Zainal (m-90). Perak memperoleh gol tunggal menerusi penalti Carlos Caceres (m-49).

Kemenangan itu sekaligus menyaksikan pasukan Merah Kuning (26 mata) hanya dipisahkan dua mata sahaja di belakang pendahulu liga, Kedah (28) yang tidak turun beraksi semalam.

Manakala Perak tergelincir satu anak tangga di tempat ketiga dengan kekal 24 mata. Kedah bagaimanapun bermain kurang satu perlawanan.

Negeri Sembilan pula kekal di tangga keempat selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Terengganu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Ching Hong Aik membuka jaringan buat Negeri Sembilan pada minit ke-73 sebelum Terengganu menyamakan kedudukan menerusi Joseph Bento Dos Anjos (m-84).

Perlis pula melonjak ke tangga kelima liga untuk memintas Terengganu selepas membenam Pulau Pinang 3-1 di Stadium Bandaraya.

Gol-gol Perlis dijaringkan Yusri Che Lah (m-67), K. Soley (m-81) dan Rudy Ramly (m-89) manakala gol tunggal tuan rumah dijaringkan Mohd. Azrul Ahmad (m-59).

Lain-lain perlawanan menyaksikan Sarawak menewaskan Pahang 2-1, Johor FC menang 2-0 ke atas Polis manakala UPB-MyTeam seri 0-0 dengan DPMM Brunei.
avatar
ROBERTO BAGGIO

Posts : 4
Join date : 2008-03-19

View user profile

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum